Tuesday, December 30, 2008

Al-Fatihah untuk nenek kesayangan aku...

baru je dapat call dari ayah aku ptg tadi... nenek aku baru je meninggal... sedih tu memang la sedih tapi sbg umat Islam kita kenalah redha apa yg berlaku...

Tuesday, December 23, 2008

balik kg...


esok... aku nak balik kg... lama jugak tak balik kg ni... mmg rindu jugak la dgn mak ayah aku... pagi keje tapi yg best ptg dapat off... bos pun tak kisah aku ambik off ptg sbb dia tau flight aku jam 5 ptg...
tapi yg penting sekali... aku nak melawat nenek aku yg dah uzur... harap2 dapat jumpa la... selama ni merana jugak aku... ye lah... nak balik pun susah jugak sbb komitmen tempat keje... apa2 pun, aku hanya berserah pada Tuhan...

Sunday, December 21, 2008

again... hadiah utk mak aku lagi...

ari ni tak tau nak buat apa... so apalagi, konon nak window shop... end up aku beli kain lagi utk mak aku... mcm biasa, aku beli kain sutera Italy utk mak aku... amacam? lawa tak? aku rasa mmg lawa la...

bila call mak aku samada dia suka maroon, rupa2nyer mmg mak aku suka... so apalagi la... ambik 4 meter utk mak aku... nak suruh dia buat baju kurung... semeter harganyer... tu tak mau cakap la... pandai2 la korang teka sendiri... hehehe....

yg penting duit blh cari tapi mak kita... hanya seorg je kat dunia ni... tak dapat nak banding dgn wang ringgit... samalah dgn bapak...

yg ni pulak baju aku beli kat euromoda... kain linen dari Italy gak... bila bergambar sekali pandang mcm pekerja air asia pulak.... hahahaha...

tapi aku mmg berkenan kain ni... blh buat masa sembhyg jumaat nanti... harga pun blh tahan gak... la ni aku tgh giler kat euromoda...

aku rasa la... sbb terlalu kerap ke sana sampaikan bos kedai tu pun perasan kat aku... hehehe.... so everytime aku dtg sana mmg selalu dpt layanan istimewa la...

Friday, December 19, 2008

ni baju batik aku yg the latest... tapi tempah kat tukang jahit kegemaran aku la... mmg cantik giler bila dah siap... hehehe... sori le sbb puji diri sendiri...

kain pun blh tahan harganya... actually kain ni dari Italy dan bila hantar kat tukang jahit aku ni.... mcm2 aku request... nak itu... nak ini.... sampai dia pun pening kepala.... nak siapkan baju ni punyalah lama... dekat 2 minggu lebih...

tukang jahit aku ckp... susah giler nak 'match'kan apa yg aku nak... hehehe... tapi hasilnya... really great and he did a very good job... :)) nasib baik dia tak give up.... tapi upahnyer.... no komen la...

birthday present utk parent aku...

semalam harijadi mak aku... minggu depan nak balik kg... excited jugak... tapi sbb terlampau syg kat mak dgn ayah aku... so apalagi... beli present utk parent aku.... hehehe....

ayah aku punya harijadi kebetulan sama dgn tarikh hari lahir aku... alang2 nak beli hadiah... aku belilah utk dua org sekali... hadiah ayah aku ni kira advance sikit la... mula2 tu pening jugak sbb tak tau nak beli apa... tetiba dapat idea... pegi kat gulati's euromoda.... so, apalagi... aku cari kain yg betul2 aku berkenan... at last dpt jugak....

aku beli kain sutera dari Italy... utk ayah, aku beli baju batik Gianni Versace dan utk mak, aku pun beli dari jenis yg sama tapi ada ekstra selendang... total almost RM700...

kalo nak ikutkan mmg la mahal tapi rasanya masih tak sama dgn pengorbanan mak ayah yg telah membesarkan aku dari kecik lagi... harap2 mak ayah aku suka hadiah ni... ni lah kotak khas dari euromoda... nak buat surprise sikit utk mak ayah aku...

Wednesday, December 3, 2008

dosa dan balasan org meninggalkan sembahyang..

Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

1)Sembahyang Subuh
- Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

2)Sembahyang Zohor
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

3)Sembahyang Asar
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

4)Sembahyang Maghrib
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

5)Sembahyang Isya'
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :

Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

enam perkara di atas dunia
tiga perkara sewaktu hendak mati
tiga perkara sewaktu di dalam kubur
tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

Enam perkara seksaan di atas dunia
-Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
-Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
-Tiada dipelihara baginya agama Islam
-Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
-Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
-Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya

Tiga perkara sewaktu hendak mati
-Dimatikan dalam kehinaan
-Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
-Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun

Tiga perkara sewaktu dalam kubur
-Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
-Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
-Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"

Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.