Tuesday, December 30, 2008
Al-Fatihah untuk nenek kesayangan aku...
baru je dapat call dari ayah aku ptg tadi... nenek aku baru je meninggal... sedih tu memang la sedih tapi sbg umat Islam kita kenalah redha apa yg berlaku...
Tuesday, December 23, 2008
balik kg...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpdIR7RUFdt5y4Q2N7eEUTpcYDTYyU3WynEgnnVPgOFMYej9veNXrkIomB2tCT7ElFok7b5DInX8lYht1E_ygNmAcQOUUq6WKrf83FKKtiBPW98PjWC96QqW7HWKw3FdXeazTzQ_UIUxaa/s400/Image008.jpg)
esok... aku nak balik kg... lama jugak tak balik kg ni... mmg rindu jugak la dgn mak ayah aku... pagi keje tapi yg best ptg dapat off... bos pun tak kisah aku ambik off ptg sbb dia tau flight aku jam 5 ptg...
tapi yg penting sekali... aku nak melawat nenek aku yg dah uzur... harap2 dapat jumpa la... selama ni merana jugak aku... ye lah... nak balik pun susah jugak sbb komitmen tempat keje... apa2 pun, aku hanya berserah pada Tuhan...
Sunday, December 21, 2008
again... hadiah utk mak aku lagi...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgx35hyphenhyphengzTpdPxSeEamyHrrzmaapONjjGCil0xrqrWEgZLnt3QeGL7XB0VETY2u4D439qjpfsa81yGa-4Q9lM0TV6td46-5BzAX2-KTqJAb6z7sbA0XQOQbibl1RLbSsScYrGa6aP3x6T7u/s400/Image005.jpg)
bila call mak aku samada dia suka maroon, rupa2nyer mmg mak aku suka... so apalagi la... ambik 4 meter utk mak aku... nak suruh dia buat baju kurung... semeter harganyer... tu tak mau cakap la... pandai2 la korang teka sendiri... hehehe....
yg penting duit blh cari tapi mak kita... hanya seorg je kat dunia ni... tak dapat nak banding dgn wang ringgit... samalah dgn bapak...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhu2uo7CEQGTF9Dp-ZgUZULl-ulsANkJGG0jyfQhC-6cdAucEoSHeEQeGVE-CJ9kHfdM0gwui8LixA7VeZLzyQzOic2OBN5SUNErGGLwTZEOFGI9_8xGK-8A1Z3NiquHASU2EEzaONUFXgD/s400/Image004.jpg)
tapi aku mmg berkenan kain ni... blh buat masa sembhyg jumaat nanti... harga pun blh tahan gak... la ni aku tgh giler kat euromoda...
aku rasa la... sbb terlalu kerap ke sana sampaikan bos kedai tu pun perasan kat aku... hehehe.... so everytime aku dtg sana mmg selalu dpt layanan istimewa la...
Friday, December 19, 2008
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOJLQ6NZo9QRhZ3DanjrVOnMRRFOoxHcGOP2V-G_noBKBH2Vif3GnH-gHbakP4pHRC4sSJb_trvpwy_OU1GtNXsN4OE6F9TLayR10Zxwlfh812F1HGxgqyWk4owTh-0UrzT5w1rbyCyfrU/s400/Image000.jpg)
kain pun blh tahan harganya... actually kain ni dari Italy dan bila hantar kat tukang jahit aku ni.... mcm2 aku request... nak itu... nak ini.... sampai dia pun pening kepala.... nak siapkan baju ni punyalah lama... dekat 2 minggu lebih...
tukang jahit aku ckp... susah giler nak 'match'kan apa yg aku nak... hehehe... tapi hasilnya... really great and he did a very good job... :)) nasib baik dia tak give up.... tapi upahnyer.... no komen la...
birthday present utk parent aku...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisFyLMswqUE6XdEJ8UZqAxrHfaKvCOf7pP-opiwGL4i0XuerI32JHoGQb1_tV9MJSoy8uajfO7wdfKyMaPb5meSXcSCekC9kxjFT69oy2IB1170XWHGKRLp6wSdmm8MQ8ttCCJlMAO77NU/s400/Image003.jpg)
ayah aku punya harijadi kebetulan sama dgn tarikh hari lahir aku... alang2 nak beli hadiah... aku belilah utk dua org sekali... hadiah ayah aku ni kira advance sikit la... mula2 tu pening jugak sbb tak tau nak beli apa... tetiba dapat idea... pegi kat gulati's euromoda.... so, apalagi... aku cari kain yg betul2 aku berkenan... at last dpt jugak....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlhi2DT9ueyoadGjPrfm_OaUhyGMZ4jXTAMAzqbXF8aygm8jAhdlIVbF3sqcPx2Tn6Df-MkJW9nIMWFVHbKPsveU-wRatOMQ58cPAcN305yY1FrRt-UVuZwl88j8gE7L-eemXRkCWS0wrN/s400/Image004.jpg)
kalo nak ikutkan mmg la mahal tapi rasanya masih tak sama dgn pengorbanan mak ayah yg telah membesarkan aku dari kecik lagi... harap2 mak ayah aku suka hadiah ni... ni lah kotak khas dari euromoda... nak buat surprise sikit utk mak ayah aku...
Wednesday, December 3, 2008
dosa dan balasan org meninggalkan sembahyang..
Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :
"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
1)Sembahyang Subuh
- Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
2)Sembahyang Zohor
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
3)Sembahyang Asar
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
4)Sembahyang Maghrib
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
5)Sembahyang Isya'
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
enam perkara di atas dunia
tiga perkara sewaktu hendak mati
tiga perkara sewaktu di dalam kubur
tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
Enam perkara seksaan di atas dunia
-Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
-Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
-Tiada dipelihara baginya agama Islam
-Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
-Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
-Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya
Tiga perkara sewaktu hendak mati
-Dimatikan dalam kehinaan
-Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
-Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
Tiga perkara sewaktu dalam kubur
-Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
-Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
-Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
1)Sembahyang Subuh
- Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
2)Sembahyang Zohor
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
3)Sembahyang Asar
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
4)Sembahyang Maghrib
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
5)Sembahyang Isya'
-Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
enam perkara di atas dunia
tiga perkara sewaktu hendak mati
tiga perkara sewaktu di dalam kubur
tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
Enam perkara seksaan di atas dunia
-Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
-Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
-Tiada dipelihara baginya agama Islam
-Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
-Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
-Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya
Tiga perkara sewaktu hendak mati
-Dimatikan dalam kehinaan
-Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
-Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
Tiga perkara sewaktu dalam kubur
-Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
-Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
-Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
Sunday, November 30, 2008
berita ttg nenek aku....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnm25oLJqnSwGbplNBV9MbSxypo-77eDNTcGpNbfNHfIzu3YPZJ4iDmPdoBW5q_VXLVQZRkDX6q0TJJ8wm0vbb7eI3C895zR-MtZC7e2IiPwLjjU2_g-7Hxnt0YLBqcdwy4eRwgs5qSy-o/s400/Image014.jpg)
ari ni dpt call dari mak sedara aku.... nenek sebelah ayah aku masuk hospital... katanya uzur sgt... terpaksalah tenteramkan mak sedara aku... maklum je la, aku la yg selalu depa dok rujuk kalo ada apa2 masalah... terpaksalah aku bercakap dgn doktor yg rawat nenek aku... susah jugak nak cakap pasal nenek aku ni... nak kemas umah pun tak de mood... apa2 pun aku berserah pada Allah... :((
Wednesday, November 26, 2008
aku & queensbay mall, penang...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZTQA7K2g6Vrky7vRJM0M0lD_BMOvpZ2jkJArvS6_hV6eE4yoY3OLc383VxR6pDqGRunn7XOVadAJ7iPYAqtZy8Xfktv9c3vk_Ng-ceLQMBX5xQ4AKELAu4ux735HJehBDbyqx6USE08s9/s400/Image013.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8Qp0Kae39Dme2xcTWwF8vukn9PNqIsmGRF-PpLqpoKoiXqCY86-p2XS6O5K2sogRY61pdzAn4PVjLp9Ryl2wyOBj0hnnncXaL8kJggR5m-Ka0voRhbR4XZW6L-2YRel5ZpypbgTYWAaNJ/s400/Image002.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFqlefzG2_qFWpzeyzNL6qilwwBVupMDtXZ3zmzfB7FjeVU5k4FXqhgRZCnxQRQWh-Qr4hyoLPfVgPhYZA4vFXVumkr2Pzz_K6IbnAAaF0mXbsYgSLSh6-PqCMOTCLihU4sztOdpdPTwef/s400/Qb.jpg)
pemandangan2 menarik...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCkprFgiliF9dYbsYrUUVF8DVERbs3YpduadsjmVvgrqgogn3LeC1iYykJq01mcwT92aU9jdUetNWihZTHA_MLQZl1JMkCYJCAAcX155uX9msnH9WGqNDahP3BSK_2DihBOIHfXnQpPp9k/s400/Sawah+padi+kedah.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihlPI5JPydN3Q5Vv_rAINHEuZJ5U9BHWYz8TrVNN7RJbzY6W1VhCbjkTpQEl4nUvGz0FqHHQAwB_fBdx0qHLIq2pwmWxRoyJzzxJiLpopiygIjwGRxZnNNkIbr_677r2g-U4O9ruYIRbvW/s400/Gunung+Inas+Baling.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEji5FkANHbPfeTGp6KyqiTLK3aR9YmkieAMK3tnaCN2yP1nsZUie7rvLxyui4zgvL1UQBIOK4VtiZ0gqdi9hMePP-we7OWGsRQ2re8oo_hzrGx3ymfSXfdKhWremFpcsILucqRG_yMP6sNY/s400/Balik+Pulau.jpg)
so far aku rasa... tu la laksa penang yg paling best pernah aku rasa... tak tau bila pulak nak gi tempat situ.... paham2 je la... jauh sikit dari penang town...
the carnival, sg. petani... water theme park...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj6ogIu17KBh0sXd9lMa1okiThXLYOk9_rtCDoa_2damW1zNr8HYSuFiCwmSrH1HWNO38qk7OpmzTWGb55kYxXxC6930T0AQhDqtS6dSR9q5HT0Vjxn_wHOzWB4NTgcFJ2MBIly49u1YFX/s400/Wwtc+sg+petani+3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGYzRLd50pcA-6MAroEiHbCs3wr0L3QwD2MQ8STUpNMp8gDZpfeAszuIVtgOLa6ftASz1oL-piaAgMbMlHihcOg8q6D5c7VSRWMwPlcpveenzuBfqTNUsFMkTcU160difTZjy0AN9ME0vu/s400/Wwtc+sg+petani+2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcn4fIcW_Iu9fXm3UI14ztFrOfnIMzxoIQzKDdI3UPAILoIVzqfx-zBfitQQAsP2W4N1wgPdJzNQYHHcjAoC85g7mtjVI4wYFIaR0UwBCnTmnMhTicpHDSk272-BgBu-P_-yFKB_epKtch/s400/Wwtc+sg+petani+1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjM-mQYbqoHArqqxBrm1B1EsrPdIiO69MSUqibEEy8MPNAGa22lt9FAX3F7pJVcHCiREgpPQK0gAAnvBcvSb741EeGzOojzR1B5kfGSBnVZYFowSZ3j4znbx6yPIThKDuzllQNy5gkOoJ3P/s400/Water+world+the+carnival+Sg.+Petani.jpg)
bali dari kg member aku.... siap pegi the carnival sg. petani... taman tema air... punyalah seronok bermain.... sedar tak sedar hampir 4 jam main air... apalagi... dapat sunburn!!! tu yg seronok tu... lengan aku siap merah2 lagi gara2 asyik bergesel dgn pelampung getah.... jgn cakap la kalo kena sabun... melompat dibuatnyer.... rasanyer kena sunburn tu blh tahan lagi....
Tuesday, November 25, 2008
naik feri...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKg6EDgdN8lgEJZMfK_r9NBg3zhJCM2d7TPrPE2d2LrTbD_6Wf3dagG_xgEuU7ddT3ZduGTezS2jPgSI6rG3xJwqFzqbPl4UOUuGw983fAl2OOO9ZY23fHEFVJrFGPWzHIjzsMDeZDKFfm/s400/Jeti+3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXJCQF2rwD-OGymECMkUtKN81ykziXATHYM9q9UdTNINUoD5_C1CCuuIyGl88HT3Syp3_BJzfcjoF0Scf4JlCP2cU9Mtgy6TPpQPq8NSkUNkN_kjMBVQMrvyRIK8VXfwcOciyPF7QAoA64/s400/Jeti+2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQak5gwOe0SclypkJDVkPAPGeEgDPkFiU7WKUCvcA1IaU3ZSbvQl2HP8-a0egsBUro2iA8UV1pwJlLDKooo5ZAeSuEqjyQoA2B2T-QrQYFwtScN9TyjIOOpR7dfniySY2iDoX9LKFjW_vT/s400/Jeti+1.jpg)
pas tu...hujung minggu lepas... aku ikut la member penang aku ni balik ke kg dia kat kedah... sebelum nak ke seberang, sempat jugak la naik feri... dah lama mengidam nak naik feri ni... akhirnya... lepas jugak hajat nak naik....
kat kg member aku ni mmg sejuk tempatnya... pengkalan hulu... kalo tak silap la namanya... paham2 je la kalo dah dekat kaki bukit... dekat pulak sempadan thailand... yg bestnyer... dapat mandi air kolah yg mmg dah sejuk tapi mmg aku punya favourite la bab2 air kolah yg sejuk ni... sejuk2 air kolah ni kalo kat kg lain rasanya... jauh beza kalo sejuk tapi mandi kat hotel!!!
keluarga member aku ni best jugak... aku ada beli brg sikit utk keluarga dia ni... tak byk pun tp yg best nampak depa happy apa yg aku bagi... tapi the best part... muka bapak member aku ni sebijik mcm muka ayah aku... hahaha... nak berborak pun kena kontrol jugak sbb aku mmg gerun sikit dgn ayah aku... hehehe...
hari kedua kat kg member aku... sempat jugak pegi mandi kolam air panas ulu tegong, baling kedah... hampir 3 jam berendam dlm kolam air panas ni.... tapi kalo nak berenang mmg kena fikir dua tiga kali jugak la... hehehe....
sebelum tu... sempat jugak la pegi sempadan thailand... tak berani nak masuk thai takut apa2 berlaku... kat situ just beli ole2 sikit utk keluarga member aku....
hotel rasa sayang, batu feringhi, penang
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRusHnE0qEIffDHlQWyRA7MY614Ve574YzV0iUnl_xyLepx454KCD1DowmmiJrqY4BJ_MJc8CFAiPIDrJe0nvMZsLSuHLM1kBCcH128p7QJT8GGw4A_cFCReGYhJy_og2BceZvPwna9t_b/s400/Rasa+ria+4.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcJFL1V33pumR1jA-PuzVsS93xpEHkKUIoN2_ZjvGy7s8EgvDnny00VTgZQ4fyck4WJ6_wJMOmBeZHOP4NhJxe74DMKlfw1OKKatfMtfK_8xR0fzkTL3eIEKibRf9rzB9ri16Kti8rcgU_/s400/Rasa+ria+3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMTVk07UDtEsWc1VwNwtfbKzf-w3TOKZp22iXYSPmAkYeyTNGrnmZzcXOWIs76b7kIsV_qjI9ZV3TdxIpgjnOl5-UCixNCVtHUzVP389xA0f0PtMQ8S2cm-Hudpsy7FlcK41a5KmR-qPEW/s400/Rasa+ria+2.jpg)
huh.... lama betul aku tak menulis kat blog ni... ni pun baru je balik dari penang... dah lama cuti, esok dah nak start keje balik... ada jugaklah pic2 yg menarik utk korang lihat nanti... mula2 sampai penang... apalagi... terus gi shopping jap... cadangnya nak buat window shopping... alih2 aku pun terbeli jugak... guna pulak bonus link card... point yg dpt 10X ganda... apa nak cakap... mmg memborong la jawabnyer....
pas tu gi check-in kat hotel rasa sayang, batu feringhi penang... mmg best giler la layanan yg dpt dari staf kat situ... almaklum je la.... bayar pun blh tahan jugak la... tapi aku dok situ dgn member baik aku la... takkan nak dok sorang2... tapi sori la... aku lupa nak ambik dlm bilik hotel ni... hehehe.... boleh lupa sebab biliknyer mmg lawa abis....
Tuesday, November 11, 2008
pic... ada kek coklat....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiV6irZ3QRL3vFlG7oHGjRDRAEz60_R8YqmXZ3_ikUfIwDiqKngnvvQGqOwUju6Zj_cBz1aKovOyJQ4NVn_-k7W9qvgBl3I94Z2JlJrBD_L9uXYXWWUuadYKtrL_t-pwRIGBbrOt8Wxzlmd/s400/Image002.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvhWUnwSDXBO9E3Z8EoMGMrsiKa_GsMxUGJVPoZMydeqdAZOgQ7Uvb081LPQDIw0gTPc1DdlXsNQ2G6f0Y_xiiyDNXb4jfBrBLwKtunuLCBo7MWYJWgup2YVzsh_VqYuvahQb2sO1qrJ4V/s400/Image008.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQN071c5jW59kKrKFHXqDO2M4ht4LWC7LFs0G2h_Vapu5efmlsMDRNWygNZOVJ9tEkE1_r6qaoiZjogUgB5_gnQ3Sevm47cSKvQSmEVRYTOSC5LKYHku1B-Tkji8OSa1AGa6ePPZfvrvFB/s400/Image007.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyPxvnvIAEkJj9IIob-yOfED55_4T62rh7TBVgik7ESFtgHwHxt9fvcE2T5eCXrUhpRh7O1m7IfOJ5v2P2AwY5m3WxYutzLgHV9Ad0Tv5koZLFP4U0vhkmdrfhMj07cyINGGd66N4Bk04H/s400/Image004.jpg)
pic yg pertama tu pulak aku ambik masa kat Sandakan... berdekatan kat hotel aku stay... ok jugak lah hotel tu cuma bising sikit sbb masih ada construction site... tp yg tak best sbb xde swimming pool.... bukan apa, masa ni tgh giler nak swimming... hahaha... berenang pun bkn pandai sgt pun tp at least is a good exercise...
pic yg bwh sekali... biasa la, pic aku yg dah tambah berat bdn... lega sbb badan pun dah naik....
Sunday, November 9, 2008
shopping....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMJaYQAGRyaVwz_4I4YXxAAfrKHS9puxzLG0lRx0L3w8huol9KqBJ0376_MW1UuBIWSam2hZTHSEciZipHs3Btv6CVA1P6KYKuu89ZkCFud-_hqfu4hGA9PRnzhB_Q9-QhQfvgZ4gymktU/s400/Image002.jpg)
ari ni aku keluar seharian... bershopping sakan... spend more than 1.5K... hehehe... mcm2 la beli... beli jeans 501, baju G2000 and bonia, t-shirt nike dan adalah sikit brg2 yg aku nak bagi kat sedara mara member baik keje kat penang, bukan pe... niat ikhlas nak sedekah....
yg bestnyer, balik bershopping, terus tempah baju melayu kat tempat tailor kegemaran aku... niat nak pakai waktu raya haji nanti....
actually, masa kat shopping complex td, sempat aku snap kek coklat yg depa dok hias mcm2 bentuk.... tapi!!! h/p aku buat hal... ada masalah sikit.... lain kali je la aku upload... mmg menarik la pic tu....
Wednesday, November 5, 2008
hari keluarga....
lama jugak aku tak menulis kat blog ni... entah le, sejak akhir2 ni malas lak nak menulis... ni pun sbb ada pic yg aku ambik masa hari keluarga di melaka baru2 ni, di everly beach resort... mmg best... sbb jumpa balik geng2 lama masa study di UM dulu... yg best sekali, acara sukaneka... group aku yg asyik dok jadi juara... hehehe....
Thursday, October 16, 2008
pic lagi....
lagi pic jamuan raya...
jamuan raya dept...
Tuesday, October 14, 2008
in the recovery period....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEAYW3SXwN6HRKff9twUo1WN1Fh1I-fn_ZmJ8JqpNLxDQY-VEDP5micl_yLuiYBRnvLNDeCJpGz6Lu5gRVaV-txl02R2egbYVG6zPizi4UouXskR5-tqHG5gWnKzgBE4RM5xU1X5hmZ70O/s400/Image003.jpg)
semua org yg aku jumpa asyik dok tegur nape berat badan turun sgt... yg paling best, boss aku tegur sbb selalu bila balik raya muka aku sure tembam punyer... kali ni terbalik pulak... tu yg nak sgt naikkan berat badan... even kak angkat aku kata... tak nampak macho sgt bila badan kurus sgt... hehehe... entah apa yg macho, aku pun tak tau....
Sunday, October 12, 2008
dugaan dari Tuhan....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHVCBw2JnemVeE6LQT_CVrPIMaAfbON1ySLuWMQYtUfXvQYVKAgaHOGwcLz_33SGeYNeV4sC1RA7Zj2RdPSsF9OgU1HlVkqTgGzUuhToCaMk9GDSRKtRpglQRBNmKwe8rJcrPLC5gE7f8I/s400/Image004.jpg)
semua org yg aku jumpa... majority tegur dgn perubahan mendadak berat badan aku... apa tidaknyer... seblm ni bukan main lagi kaki gym... now ngalahkan org yg buat strict diet pulak... hahaha....
ye lah, dah lost almost 6kg, mestilah nampak sgt perubahannyer.... tambah2 lagi tgh buat posa enam... bertambahlah kurus.... tapi takpe... after everything dah settle.... makan balik la puas2....
Wednesday, October 8, 2008
pic bersama family....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2kCykFA3C3sk5LABEquL_GfEkR3xMVbBpTKEdPUYLYhWLfFtpLNFzEnyPKukgpe3WRGZJbn45zxEPqznWDswPuzfXd8L-m_TgGtTRO2WlO-mq0QjDBje1hyphenhyphenceqPR7EDmvjyMP_IOh92Od/s400/Image007.jpg)
kalo nak tau adik beradik aku.... pandai2 la korang teka... mana2 yg cun tu adik beradik aku... hahaha... kalo tgk barisan belakang tu... semua geng2 lelaki tak pakai baju melayu... dah pesan awal2 suruh pakai tapi biasa la.... masing2 ikut apa yg depa suka pakai... tak kisah la... janji dpt bergambar satu family....
Wednesday, October 1, 2008
salam aidilfitri....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCTNqgd1ADNP3_GrHHJ9qlpWL-PWJ_D8KRH_qOrWTVpfa7kfwi01ZVxf7Z4MoN6LAIkFi9G5a7CzH0p6K6_wxEyvgCHmZ7Zq_2edHtEsWWlZgAa5DNo879LvsH49knj-FEqGE4s1FdHy-C/s400/Image000.jpg)
masa balik ke kg... dlm flight, turbulent punyalah kuat sampai berbuka posa pun dlm keadaan turbulent... dah lah bdn lain mcm... flight pulak terumbang ambing... tapi yg leganya... posa langsung aku tak tinggal.... rasanyer lembik2 badan ni... masih ada lagi kekuatan utk terus berposa...
ni la pic terbaru aku... kurus sikit sbb loss weight dekat 5kg... lidah pun rasa pahit semcm aje... bila sampai kg... depa semua terkejut dgn perubahan mendadak badan aku.... mcm2 depa dok ingat yg bukan2.... kena buatan org la... ishhh!!!! merepek je semua tu.... dah cirit satu minggu.... mmg la badan turun giler babi....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBmTHKl_jZT2kb9VPhCx5yDuj5Xmnc1F_Wc2PfSmWwwAstNdxP8_owKomgEuWtYyeMHS7xbeUTRLUpMY-4G_VDIxxHDR_arx9UVQiZBP0dobeq_4mnJeLFvz5b1I26-ljOhMxHMUuJ9yCF/s400/Image006.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQSf-oG6L4NYdX0KUALI2myubjGl8HCSvH5X4mR2cTlOIndIX2EEWXcy0rDWeZ4BGMmsFwMtHuD11jyVPNB64tL7nMmIIPW0tB3vQvWHaWi8zSUEIHP6VPjJVtRUULJHKf90uzRXa8fy1v/s400/Image007.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPQzaaSlvjo50-xSGQoJXgNF0gbivSZv-nWAFdVzo1WlGN6RKvaqYC5NfF_19qRLzS5Eu4e9gAu-Q4gYNkJRSSI83gQvj6EjqMCzgtYYq3DC-fFvxq23MNvqrdUr00q2lpj9zwkMZWXw1y/s400/Image009.jpg)
blh rasa betapa nikmatnyer kalo kita hidup sihat... tapi biasa la masa sihat ni kita lupa pada Tuhan... sekali Tuhan tarik nikmat yg kita ada... mulalah kita baru berfikir betapa bersyukur nikmat yg Tuhan berikan kepada setiap manusia....
jadi... sempena hari raya fitrah yg mulia ini... sapa2 yg terbaca blog aku ni.... aku nak memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran bahasa mahupun perbuatan... segala yg baik itu dtgnya dari Allah dan segala yg tidak baik itu adalah dtg dari kelemahan insan ini yg amat memerlukan kemaafan dari anda semua.... jauh di sudut hati, i'm still a person with nobody....
Subscribe to:
Posts (Atom)